Anggota, aset ATM ditambah jika banjir buruk

Anggota, aset ATM ditambah jika banjir buruk

MOHAMAD Hasan beramah mesra dengan seorang mangsa banjir OKU ketika menyantuni mangsa banjir di PPS SK Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pertahanan akan menambah anggota dan aset sekiranya keadaan banjir lebih buruk pada gelombang seterusnya di negeri-negeri Pantai Timur pada musim tengkujuh ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah tersebut diambil dalam memastikan logistik mencukupi dalam membantu memindahkan mangsa banjir dan menghantar bekalan makanan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat.

Menurutnya, setakat ini, secara keseluruhannya jumlah anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah diatur gerak di seluruh negara adalah seramai 28 pegawai dan 539 anggota.

Katanya, jumlah tersebut membabitkan di Terengganu seramai 13 pegawai dan 308 anggota  dengan kekuatan aset 20 buah trak dan tujuh bot tempur dan enjin serta pelbagai peralatan tambahan perairan dan perhubungan komunikasi 

Tambahnya,  di Kelantan pula seramai  sembilan  pegawai dan 350 anggota telah diatur gerak bersama 21 buah trak dan sembilan bot tempur dan enjin serta pelbagai peralatan tambahan perairan lain.

“Kekuatan anggota dan aset kalau perlu ditambah, kita boleh tambah, kerana memang banjir di Terengganu ini khususnya memberi kesan setiap tahun.

“Kalau kita perlu dari Negeri Sembilan dan Melaka, kita boleh buat (digerakkan) segera, macam dari Pahang, Markas 4 Briged,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni  mangsa banjir di  PPS Sekolah Kebangsaan (SK)  Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu, hari ini.

Mohamad Hasan memberitahu, gabungan aset-aset milik ATM juga akan dapat melancarkan lagi bantuan ketika bencana dan misi mengagihkan makanan dan barang keperluan di PPS serta  kawasan yang terputus hubungan jalan darat.

Selain itu, tambahnya, pihak ATM turut bekerjasama dengan  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa tempatan dan agensi lain bagi memastikan koordinasi operasi dan bantuan banjir  berjalan dengan lancar.

“Nanti gerak kerja pasca banjir lebih besar, kita akan gerakan anggota Rejimen Askar Wataniah, sama-sama membantu.

“Operasi banjir pasca banjir disifatkan sebagai lebih mencabar kerana melibatkan kerja-kerja pemulihan serta pembersihan kawasan terjejas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya