Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada Jelajah Dunia Akhir

Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada Jelajah Dunia Akhir

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ditunjukkan jalan keluar dari kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir selepas tumpas buat kali kedua berturut-turut di Bangkok hari ini.

Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking keempat dunia tunduk kepada pasangan No. 11 dunia dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 23-21, 22-24, 16-21 dalam perlawanan Kumpulan B yang berlanjutan selama lebih sejam.

Beregu lelaki No. 1 negara itu sebelum ini tumpas kepada juara dunia dua kali, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dalam aksi pembukaan semalam.

Yu Chen-Xuan Yi yang kini melebarkan rekod pertemuan dengan Aaron-Wooi Yik kepada 2-0 selepas mengesahkan slot ke separuh akhir bersama The Daddies.

Esok, Aaron dan Wooi Yik sekadar melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan menentang beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang turut ditimpa dua kekalahan.

Sementara itu, dalam beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal mengulangi persembahan cemerlang pada hari pertama apabila tumpas kepada pasangan No. 1 dunia, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 9-21, 11-21 dalam masa 28 minit.

Kian Meng-Pei Jing perlu memenangi perlawanan terakhir Kumpulan B esok, bertemu beregu tuan rumah, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran jika berhajat menjejakkan kaki ke separuh akhir.

Satu lagi beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang diletak dalam Kumpulan A, ditimpa kekalahan kedua kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-16, 18-21, 17-21.

Kekalahan tersebut menyaksikan Soon Huat-Shevon menerima nasib serupa dengan Aaron-Wooi Yik tersingkir sebelum turun beraksi dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang beregu No. 3 dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China yang telahpun mara ke peringkat empat terbaik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya