1,671 orang mangsa banjir Rantau Panjang berada di 6 PPS

1,671 orang mangsa banjir Rantau Panjang berada di 6 PPS

RANTAU PANJANG: Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) terbaharu yang dibuka selepas SK Gual Tok Deh, PPS Putat 7, SK Kubang Kual, SK Gual Periok dan Masjid Mukim Padang Licin.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM,  setakat pukul 3.30 petang tadi, seramai 1,671 mangsa banjir telah ditempatkan di enam buah PPS itu melibatkan 515 keluarga.

SK Gual Tok Deh menempatkan mangsa banjir tertinggi setakat ini melihatkan seramai 680 mangsa, diikuti SK Gual Periok (493), SK Kubang Kual (179), PPS Putat 7 (132), SK Sri Kiambang (124) dan Masjid Mukim Padang Licin (63).

Menurut aplikasi MyPublic Infobanjir, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang  sudah melepasi paras amaran iaitu 9.58 meter, namun bertahan. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN