16,125 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu - Utusan Malaysia

16,125 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu

ANGGOTA polis membantu memindahkan penduduk yang terlibat banjir di Besut, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seramai 16,125 mangsa banjir daripada 4,588 keluarga dipindahkan ke 206 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua lapan daerah negeri itu setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Peningkatan jumlah mangsa banjir itu ketara dalam tempoh empat jam berbanding
11,415 orang daripada 3,326 keluarga di 174 PPS pada pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, daerah Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu yang dilanda banjir dengan 99 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan ke satu PPS pagi ini.

Menurutnya, daerah paling teruk terjejas iaitu Hulu Terengganu terus merekodkan peningkatan mendadak jumlah mangsa kepada 5,011 orang daripada 1,579 keluarga berbanding 3,998 orang daripada 1,276 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

“Tiga lagi PPS baharu dibuka di daerah Hulu Terengganu menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi ialah di 48 lokasi ketika ini.

“Begitu juga di Besut, jumlah mangsa terus meningkat dengan ketara kepada 4,525 orang daripada 1,243 keluarga berbanding 3,765 orang daripada 1,040 keluarga sebelum ini.

“Ia susulan pembukaan tujuh lagi PPS dalam tempoh empat jam menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi ketika ini ialah di 72 lokasi,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Situasi banjir di Kemaman juga bertambah buruk dengan penambahan 10 lagi PPS pada tengah hari ini untuk menampung kemasukan 2,973 mangsa daripada 770 keluarga berbanding 1,008 orang daripada 277 keluarga pagi tadi.

Ketika ini, terdapat 22 PPS yang dibuka di seluruh Kemaman dan keadaan dijangka bertambah buruk pada petang ini susulan limpahan tiga sungai di daerah itu ketika ini.

Tambahnya, banjir di daerah Setiu juga semakin buruk dengan peningkatan mangsa kepada 2,336 orang daripada 685 keluarga di 39 PPS berbanding 2,157 orang daripada 632 keluarga di 38 PPS pagi tadi.

“Begitu juga di Dungun, jumlah mangsa terus meningkat kepada 938 orang daripada 242 keluarga di 19 PPS berbanding hanya 355 orang daripada 84 keluarga di 11 PPS sebelum ini.

“Marang pula merekodkan sedikit kenaikan jumlah mangsa iaitu 189 orang daripada 33 keluarga di tiga PPS berbanding 119 orang daripada 14 keluarga di dua PPS pada 8 pagi tadi.

“Daerah Kuala Terengganu yang tidak begitu terjejas ketika ini bagaimanapun turut mencatat kenaikan mangsa kepada 54 orang daripada 12 keluarga di dua PPS
berbanding hanya 13 mangsa daripada tiga keluarga di sebuah PPS sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya