135 ‘tahi judi’ Piala Dunia 2022 ditangkap - Utusan Malaysia

135 ‘tahi judi’ Piala Dunia 2022 ditangkap

Judi
ARJUNAIDI Mohamed memaklumkan tangkapan terhadap 135 orang yang terlibat dengan aktiviti judi sempena Piala Dunia 2022, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 135 ‘tahi judi’ ditahan ditahan polis selepas terlibat dalam aktiviti pertaruhan terhadap perlawanan Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung ketika ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah tangkapan tersebut dibuat pasukan Polis Selangor dalam Operasi (Op) Soga sejak 19 November sehingga semalam.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 128 yang ditahan merupakan warga tempatan manakala tujuh lagi adalah warga tempatan.

“Kesemua suspek dipercayai bergerak secara bersendirian dan melakukan urusan pertaruhan secara dalam talian sahaja,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Tambahnya, polis turut merampas pelbagai barangan seperti 193 telefon bimbit, enam buah komputer, tiga buah komputer riba serta wang tunai lebih RM264,000.

Arjunaidi turut tidak menolak kemungkinan kesemua yang ditahan mempunyai hubungan dengan rangkaian sindiket judi antarabangsa.

“Sekiranya ada pertaruhan dengan nilai wang yang besar, sindiket ini dipercayai akan menghubungi sindiket judi antarabangsa bagi mengendalikan urusan pertaruhan itu.

“Namun, kami masih lagi menjalankan siasatan berhubung perkara ini,” tegasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.