Yayasan MyPrihatin, PruBSN Prihatin bungkus 1,500 pek

Yayasan MyPrihatin, PruBSN Prihatin bungkus 1,500 pek untuk mangsa banjir

SEBAHAGIAN sukarelawan Yayasan MyPrihatin, PruBSN Prihatin dan Mapim selepas penyediaan pek bantuan di Gudang Berpusat Mapim di Sepang baru-baru ini. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sejumlah 1,500 pek bantuan awal untuk mangsa banjir di seluruh negara bakal dibungkus secara bergotong-royong sebagai persediaan bagi musim tengkujuh akhir tahun ini.

Projek berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu diusahakan Yayasan MyPrihatin dengan kerjasama Prudential BSN Takaful Berhad melalui badan amalnya, PruBSN Prihatin.

Usaha murni itu turut dibantu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan dilakukan lebih 30 sukarelawan di Gudang Berpusat Mapim di Bandar Serenia di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyPrihatin, Muhd. Al-Bazli Bakar, sebanyak 1,000 pek disediakan di gudang itu manakala baki akan dibuat di Terengganu dalam masa terdekat.

“Ia akan dibungkus di pejabat Yayasan Tuanku Nur Zahirah dengan kerjasama pihak tersebut untuk diagih kepada mangsa banjir di sekitar Pantai Timur,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mapim ujar beliau, turut akan terlibat dalam membantu dari segi logistik serta tenaga sukarelawan untuk proses penyerahan sumbangan berkenaan terus kepada mangsa bencana di lokasi.

Turut hadir menyertai gotong-royong selama hampir dua jam itu ialah Ketua Jabatan Microtakaful dan CSR PruBSN merangkap Setiausaha PruBSN Prihatin, Hilmy Darmin Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Muhd. Al-Bazli berkata, ia merupakan projek kedua diusahakan bersama tiga pihak terbabit setelah kejayaan misi sama pada awal tahun ini melibatkan Lembah Klang.

“Pek bantuan awal ini mengandungi sejumlah barang makanan kering, produk penjagaan kebersihan dan alat keperluan bayi ketika tempoh peringkat awal banjir itu berlaku,” jelasnya.

Semua pek berkenaan ujar beliau, setelah siap dibungkus bakal diserahkan kemudian kepada Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr. Ahmad Sani Araby Al Kahery untuk proses pengagihan.

Beliau berharap, sumbangan mereka dapat meringankan beban mangsa banjir di kawasan terlibat serta mendekatkan hubungan antara pihak badan bukan kerajaan dengan masyarakat.

Pada masa sama, program seumpama itu mencerminkan komitmen dan keprihatinan syarikat korporat tampil bekerjasama dalam membantu rakyat yang terjejas akibat musibah banjir. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.