Usah politikkan pembabitan Farid dalam filem Anwar - Diana

Usah politikkan pembabitan Farid dalam filem Anwar – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Diana Danielle berharap lakonan suaminya, Farid Kamil dalam filem mengenai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diterajui syarikat produksi Indonesia tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Katanya, setiap pelakon perlu sentiasa mencari peluang kerjaya yang menjanjikan masa depan lebih cerah dalam bidang seni, terutama apabila mendapat tawaran produksi dari luar negara.

“Farid ada berbincang dengan saya sebelum bersetuju untuk berlakon filem ini. Bagi saya, pelakon mesti sentiasa cari peluang dan ini adalah antara perjalanannya, bukan setakat berlakon filem mengenai tokoh politik semata-mata.

“Saya bangga apabila Farid berlakon filem ini, malah tidak ada apa-apa tekanan yang dirasai dan dia suami yang sangat tenang. Jadi, saya harap pembabitan Farid dalam filem ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui selepas majlis tayangan filem Remp-It 2, malam tadi.

Mengulas risiko yang bakal ditempuh selepas Farid bersetuju menjadi watak utama, malah segelintir pihak mula melabel suaminya cenderung dengan ideologi PKR, Diana berkata, masing-masing bebas menyuarakan pendapat sebagai anak Malaysia.

“Sekarang, rakyat Malaysia lebih selamat dan terbuka untuk menyuarakan pandangan, sekali gus menunjukkan amalan demokrasi sudah ditegakkan.

“Kita tidak perlu menghukum rakyat yang bersuara, walaupun pasti ramai yang tidak boleh menerima pandangan kita. Apa yang penting, kita menggunakan saluran yang betul dan demokratik,” katanya.

Filem mengenai Anwar yang diarahkan oleh Viva Westi menampilkan Farid memegang watak utama bergandingan dengan pelakon Indonesia, Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Oktober lalu, Anwar memuat naik foto bersama Farid dalam media sosial dan menjelaskan pertemuan mereka bertujuan membincangkan perkara berkaitan seni, budaya dan industri perfileman negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.