Tumpahan merkuri: 14 murid dikejarkan ke hospital - Utusan Malaysia

Tumpahan merkuri: 14 murid dikejarkan ke hospital

ANGGOTA bomba dan penyelamat membersihkan sisa merkuri yang tumpah di lantai sebuah makmal SK Seri Kulim di Taman Berlian, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seramai 14 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kulim di Taman Berlian, di sini dikejarkan ke hospital selepas berasa gatal-gatal pada muka dan tangan kesan daripada merkuri yang tumpah di makmal sekolah terbabit, pada pukul 11.20 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, lima murid lelaki serta sembilan murid perempuan berusia 11 tahun bersama seorang guru wanita berusia 36 tahun dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan akibat kesan sisa merkuri yang pecah.

“Sebuah jentera dan ambulans bomba dengan 11 anggota bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati sebuah unit merkuri jatuh ke lantai makmal dan pecah.

“Unit merkuri yang pecah itu tidak terkena pada pelajar dan guru yang berada di dalam makmal terbabit, namun 14 murid dan seorang guru rasa gatal-gatal pada bahagian muka dan tangan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hamizul Azuan, bomba memberi rawatan awal sebelum membawa guru serta murid terbabit ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Jelasnya, mereka kemudian menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa merkuri itu pada kawasan yang terjejas sebelum operasi tamat pada pukul 12.40 tengah hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya