PETALING JAYA: Bekalan telur di seluruh negara menjadi persoalan memandangkan di sesetengah tempat didakwa berlaku lambakan namun sumber industri pula mendakwa ia masih kurang di peringkat ladang. Bekalan telur yang didakwa tiba-tiba kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mungkin berlaku tetapi dalam skala kecil dan bersifat terpencil. Sumber dalaman industri ayam dan telur yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, hakikatnya di peringkat ladang ayam telur, bekalan masih kurang dan…