Tawaran ‘PN Best’ realistik, bukan janji kosong 

Tawaran ‘PN Best’ realistik, bukan janji kosong 

RADZI Jidin beramah mesra dengan penduduk di Medan Selera Presint 11, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan tawaran PN Best menerusi manifesto yang diketengahkan gabungan itu amat realistik, bukan janji kosong dan mampu dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tawaran PN, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia satu tawaran yang menyeluruh dan meliputi pelbagai segmen serta kumpulan masyarakat.

Beliau yang juga calon PN P125 Putrajaya berkata, ketika di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, PN mempunyai rekod pemerintahan yang baik selain memimpin kerajaan dalam tempoh paling sukar dalam sejarah negara iaitu ketika berdepan pandemik Covid-19.

“Kita mempunyai rekod pengurusan dan pentadbiran yang baik ketika bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin walaupun ketika itu kita tidak menjanjikan sebarang tawaran.

“Tiada sebarang tawaran pun pada waktu itu tapi kita berjaya memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi  yang mana manfaatnya dapat dinikmati sehingga kini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pelaksanaan pengeluaran undi pos P125 Putrajaya di sini hari ini.

Difahamkan, lebih 900 undi pos dikeluarkan membabitkan pelbagai kohort pengundi di P125 Putrajaya ini.

Beliau berkata, PN tidak bersikap ‘main-main’ dalam memperkenalkan tawaran PN Best itu kerana ia mengambil kira pelbagai aspek bagi memastikan mampu dilaksanakan.

“Ia bukan perkara main-main. Kita akan ikhtiarkan tawaran itu sebaik kita membentuk kerajaan pada 19 November ini. Malah, mesyuarat pertama selepas bentuk kerajaan, kami akan memberi tumpuan kepada soal dan isu utama yang membebani rakyat,” katanya.

PN semalam mengumumkan 234 tawaran berteraskan 12 tunjang melalui 30 pendekatan bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Antara tawaran menarik termasuk pengurangan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta pengagihan bayaran tunai hasil petroleum secara terus kepada semua kerajaan negeri berkaitan.

Selain itu, PN juga menyatakan kesediaan mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya