Tabung kecemasan bantu kos rawatan Nad Zainal dilancar

Tabung kecemasan bantu tampung kos rawatan Nad Zainal dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sesama insan, tabung kecemasan bagi membantu menampung kos perubatan pelakon, Nad Zainal dilancarkan.

Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan, tabung kecemasan tersebut merupakan inisiatif rakan-rakan dan peminat pelakon Hati Yang Tersakiti Itu bagi meringankan beban keluarganya.

“Tabung ini bertujuan menampung kos rawatan perubatan di hospital pakar untuk meringankan beban keluarganya.

“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk membantu,” katanya.

Shahrulezad menerusi hantaran sama berkata, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dia juga meminta orang ramai agar sentiasa menitipkan doa untuk Nad agar dikurniakan kembali nikmat kesihatan dan pulih sepenuhnya.

Sebarang pertanyaan katanya, boleh menghubungi pembantu peribadi Nad iaitu Echa di talian 012-3458623.

Minggu lalu, ibu dua cahaya mata itu dimasukkan ke ICU sebuah pakar perubatan di Ampang selepas mengadu tidak sihat dan mengalami sakit dada serta kesukaran bernafas.

Keadaan pelakon itu dilaporkan kritikal selepas doktor mengenal pasti berlaku jangkitan kuman pada paru-parunya, selain pendarahan teruk pada organ tersebut.

Semalam, majlis doa selamat dan solat hajat bagi mendoakan kesembuhan Nad yang turut dihadiri rakan-rakan artis diadakan di Masjid al-Mustaqim, Jalan Ampang Putra, Ampang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya