Sidang DUN Kelantan: RM12.9 juta baiki, naik taraf jalan PBT

Sidang DUN Kelantan: RM12.9 juta baiki, naik taraf jalan PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak RM12.9 juta diperuntukan oleh kerajaan negeri bagi kerja-kerja membaiki dan menaik taraf jalan-jalan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepanjang Januari sehingga Oktober tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, peruntukan yang disalurkan kepada PBT itu termasuk di bawah Peruntukan Pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan 2022 dan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Negeri (KAPJN).

“Ia adalah untuk membantu PBT membaiki dan menaiktaraf jalan. RM3.8 juta adalah melalui Peruntukan Pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan 2022 dan RM9.1 juta di bawah KAPJN.

“Antara faktor kerosakan di jalan-jalan seliaan PBT ialah kerja-kerja pembangunan melibatkan jentera berat secara sistem perlongkangan yang tidak efisien,” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok itu memberitahu, PBT sudah diarahkan agar memastikan kawalan dilakukan terhadap kerja-kerja pembangunan dari semasa ke semasa.

Katanya, kerajaan turut menyalurkan peruntukan berjumlah RM2.9 juta kepada semua PBT di negeri ini untuk menaik taraf sistem perparitan.

Sementara itu, bagi menjawab soalan tambahan daripada Amran Arifin (BN-Paloh) berkaitan mekanisme kerajaan negeri bagi mengatasi kerosakan jalan akibat kenderaan berat membawa muatan seperti bijih di Aring 5, Gua Musang, beliau menyatakan perkara itu memerlukan penelitian.

“Kita perlu mengenal pasti status jalan berkenaan sama ada jalan negeri atau persekutuan. Jika ia melibatkan jalan persekutuan maka aduan perlu disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk diambil tindakan segera,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN