Sentuhan Ayu Décor dari Masayu Ismail

Sentuhan Ayu Décor dari Masayu Ismail

MASAYU Ismail bersama sebahagian gubahan bunga yang dihasilkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Minat yang mendalam di dalam bidang gubahan bunga selain meminati suasana yang cantik dan menyenangkan menjadi pendorong utama Masayu Ismail berusia 40 tahun untuk berkecimpung di dalam perniagaan gubahan bunga Ayu Décor.

Membuka cerita, Ayu berkata, “Saya amat menyukai benda-benda yang cantik terutama melibatkan bunga. Saya akan memastikan keadaan rumah sentiasa cantik dan tenang dan dihiasi dengan gubahan-gubahan bunga agar kelihatan berseri dan sejuk mata memandang”.

“Pada masa terluang, saya akan memanfaatkannya dengan menghasilkan gubahan-gubahan bunga dan hasilnya akan saya kongsikan bersama dengan keluarga dan rakan-rakan.”

“Tidak sangka, hobi menggubah hiasan bunga terus dijadikan sumber pendapatan yang menguntungkan setelah hasil kerja tangan mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada rakan-rakan dan keluarga terdekat”.

Menurut Masayu, kualiti kerja serta kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan gubahan bunga menjadi faktor utama sambutan hasil kerja tangannya.

“ Saya amat mementingkan kualiti dalam setiap kerja yang saya lakukan. Setiap tempahan yang diterima akan disiapkan dengan kadar segera dengan memastikan gubahan akhir menepati citarasa dan berpatutan dengan harga yang dipersetujui oleh pelanggan”.

“Bahan-bahan gubahan yang digunakan juga dari bahan yang berkualiti tinggi seperti bunga latex kategori premium yang sangat cantik, tahan lama dan mudah untuk dibersihkan”.

Bercerita lanjut, Masayu kerap berkunjung ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan inspirasi mengenai gubahan bunga selain memilih sendiri bahan-bahan gubahan baru bagi memastikan perkhidmatannya memiliki kelainan berbanding penggubah-penggubah bunga yang lain.

“Guangzhao, Jakarta, Bandung dan Bangkok adalah tempat yang sering saya kunjungi bagi mendapatkan inspirasi kerana di sana gubahan bunga yang dihasilkan adalah mengikut peredaran masa dan boleh diperkenalkan di Malaysia.

“Sepanjang berada di negara luar saya juga mengambil kesempatan membeli bahan-bahan gubahan seperti bunga latex dan pasu-pasu bunga memandangkan terdapatnya pilihan yang berbagai serta kualitinya yang terjamin.”

Ayu Décor yang beroperasi di Puncak Alam, Selangor menerima tempahan dua kali ganda terutama ketika musim perayaan hari raya Aidilfitri.

Menurutnya, beliau akan membuka gerai jualan di kompleks membeli belah dan melantik lebih ramai ejen jualan untuk menerima tempahan.

“Alhamdulillah rezeki saya melimpah sepanjang bulan Ramadan, kebanyakan tempahan datang dari gerai jualan yang dibuka khusus di kompleks membeli belah dan juga dari ejen jualan yang saya lantik.”

“Biasanya pendapatan bulanan saya dalam sekitar RM35,000, namun pada bulan Ramadan saya mampu memperoleh pendapatan dua kali ganda dari bulan-bulan biasa kerana permintaan yang tinggi,” tambah beliau lagi,

Bagi Masayu, beliau amat beruntung kerana mendapat pinjaman dan bimbingan perniagaan daripada AIM sejak mula bergelar usahawan.

“Pada 2016 saya meminjam RM3000 sebagai modal awal untuk berniaga. Dari situ, perniagaan saya terus berkembang dan saya terus mendapat bantuan modal daripada pihak AIM dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM100,000.

Selain itu, AIM turut memberikan bimbingan dan memantau perniagaan saya dari semasa ke semasa, jelasnya yang turut mengusahakan perniagaan katering dan produk makanan menerusi Ayu Kitchen.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat gubahan bunga Ayu Décor, boleh melayari facebook: Masayu Ismail, Instagram masayuismail_, whatsapp di +60176606968 atau Tiktok masayu_ismail.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya