PETALING JAYA: “Semoga ada sinar baru buat Malaysia.”
Demikian hantaran terbaharu Facebook Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus mencetuskan 1,001 persoalan berhubung kemelut politik melanda negara apabila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Pusat.
Persoalan sama ada pembentukan kerajaan tertumpu kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong setelah meneliti mana-mana seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mempunyai majoriti ahli Parlimen.
Semalam, Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Menurut Presiden PKR itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahbelum membuat sebarang keputusan siapa yang bakal dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10.
Pada masa sama, beliau berkata, Seri Paduka menitahkan bahawa wujud keperluan agar kerajaan yang terbentuk selepas PRU15 adalah kerajaan yang kukuh. – UTUSAN