Scoot kembali ke Kuantan - Utusan Malaysia

Scoot kembali ke Kuantan

SELEPAS dua tahun tidak menawarkan penerbangan ke Kuantan, syarikat penerbangan tambang rendah dari Singapura, Scoot kembali menawarkan perkhidmatan itu di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat penerbangan tambang rendah dari Singapura, Scoot kini kembali mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) di sini.

Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Pahang, Datuk Razihan Adzharuddin berkata, penerbangan itu merupakan yang pertama selepas hampir dua tahun tidak menawarkan perkhidmatan tersebut ke negeri ini.

Menurutnya, sebanyak tiga penerbangan seminggu ditawarkan oleh Scoot dalam memberi peluang kepada lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

“Pemilihan Kuantan sebagai destinasi syarikat penerbangan itu adalah kerana negeri ini memiliki pelbagai tarikan pelancongan untuk dilawati sama ada pelancong Singapura mahupun antarabangsa.

“Sudah pasti laluan baharu ini secara langsung memberi manfaat kepada industri pelancongan Pahang sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyambut ketibaan penumpang Scoot di LTSAS di sini hari ini.

Penerbangan sulung hari ini, membawa kira-kira 75 penumpang yang turut disambut Timbalan Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd. Yusof.

Scoot menyediakan penerbangan dari Singapura-Kuantan-Singapura pada Rabu, Jumaat dan Ahad yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pukul 10.15 pagi dan dari LTSAS pukul 11.15 pagi.

Dalam pada itu, Iskandar Mirza berkata, Scoot sudah menyediakan perkhidmatan penerbangan terus dari Singapura ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Langkawi.

Beliau berkata, Kuantan merupakan destinasi keempat syarikat penerbangan itu ke negara ini.

“Saya yakin pemilihan ini disebabkan permintaan tinggi dalam kalangan pelancong di Singapura itu sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.