Sanggup naik bas dari Kelantan ke MSAM

Sanggup naik bas dari Kelantan ke MSAM

ABDULLAH Muhammad bersama keluarganya ketika ditemui di MSAM 2022 yang diadakan di Kawasan Lapang Pantai Batu 1, Port Dickson semalam. – FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang penjawat awam dari Kelantan sanggup meluangkan masa dan menaiki bas semata-mata untuk datang kali kedua ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) Port Dickson 2022 di sini.

Abdullah Muhammad, 41, dari Pas Mas, Kelantan yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas datang bersama isterinya, Nabilah Abd. Rahim, 39, dan dua anaknya yang berusia 17 dan 11 tahun.

“Ini merupakan kali kedua saya datang ke MSAM 2022, Sabtu lalu saya ke sini lima beranak bersama isteri dan tiga anak menaiki kapal terbang. Tetapi kali ini anak sulung berusia 20 tahun yang belajar di Universiti Teknologi Mara tidak ikut sama.

“Walaupun jauh, saya sanggup datang untuk belajar dan menambah pelaburan dalam produk terbaharu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu Amanah Saham Nasional (ASN) Sukuk yang baru dilancarkan,” katanya ketika ditemui di MSAM di sini semalam.

Menurut Abdullah, dia te­ruja untuk datang ke MSAM memandangkan tahun ini program dibuat secara fizikal berban­ding dua tahun lalu secara digital ekoran pandemik Covid-19.

“Saya memang menyokong pelaburan saham di ASNB dan menggalakkan rakan membuat pelaburan walaupun secara pin­jaman kerana pulangannya di­jamin oleh kerajaan bukan sin­diket penipuan.

“Sekadar perkongsian, sa­ya dan isteri sendiri memiliki pelaburan keseluruhan RM800,000 menerusi pelbagai produk ditawarkan ASNB, walaupun gaji saya kecil tetapi saya mampu melabur sebanyak itu dengan membuat pusingan modal,” katanya.

Jelas Abdullah, sebelum ber­jinak-jinak dalam pelaburan, dia sendiri mengambil masa dua minggu untuk berfikir dan membuat pinjaman koperasi sebanyak RM15,000 sebagai mo­dal permulaan.

“Kalau tidak mampu boleh membuat pinjaman pelaburan ASNB dengan jumlah minimum, pelaburan ini penting sebagai dana di mana dividen yang diperoleh boleh digunakan terutama ketika kecemasan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah turut berharap rezeki menyebelahinya untuk membawa pulang hadiah utama sebuah kereta elektrik Hyundai Kona Electric Lite yang ditawarkan kepada pengunjung bertuah.

Sempena MSAM 2022, para pengunjung berpeluang merebut pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM1 juta untuk dimenangi.

Antara hadiah utama yang disediakan adalah sebuah kereta elektrik Hyundai Kona Electric Lite bernilai lebih RM156,000; sebuah kereta elek­trik Toyota Corolla Cross Hybrid Electric bernilai hampir RM140,000; sebuah Perodua Alza 1.5 AV berharga RM75,500; sebuah motosikal Yamaha MT-25 berharga RM21,500 dan enam buah motosikal Yamaha 135 LC FI selain pelbagai hadiah menarik terma­suk barangan elektrik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya