Saarani umum senarai portfolio Exco Perak

Saarani umum senarai portfolio Exco Perak

SAARANI Mohamad dalam sidang akhbar mengumumkan senarai portfolio exco kerajaan negeri Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini mengumumkan senarai portfolio 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri  atau Exco yang mengangkat sumpah jawatan semalam.

Menurutnya, senarai yang diumumkan itu membariskan gabungan pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda serta pemimpin berpengalaman termasuk mereka yang pernah menjadi Exco sebelum ini.

“Kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama hari ini bagi membincang dan memutuskan beberapa perkara penting.

“Antaranya, mesyuarat bersetuju supaya Mesyuarat Pertama dan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan akan diadakan pada 19 Disember 2022 bagi pembentangan Bajet 2023,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Berikut adalah senarai portfolio Exco Kerajaan Negeri Perak.

Saarani Mohamad

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC

Datuk Mohd. Zolkafly Harun

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam

A. Sivanesan

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India

Loh Sze Yee

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

Salbiah Mohamed

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan

Teh Kok Lim

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Sandrea Ng Shy Ching

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Khairudin Abu Hanipah

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan

Mohd. Azlan Helmi

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO

Woo Kah Leong

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya