Runtuhan tanah jadikan laluan Bukit Jerek makin sempit

Runtuhan tanah jadikan laluan Bukit Jerek makin sempit

LALUAN yang semakin sempit menyukarkan penduduk dan pengguna setiap kali melalui Bukit Jerek di Kampung Jerek, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Runtuhan tanah yang kerap berlaku sejak tahun lalu menyebabkan laluan Bukit Jerek di Kampung Jerek, di sini menjadi sempit sekali gus mendatangkan bahaya kepada pengguna terutama pada waktu malam dan setiap kali hujan.

Seorang penduduk, Ibrahim Hassan, 60, berkata, setiap kali menggunakan laluan itu terutama pada waktu malam dan hujan, dia lebih berhati-hati selain memberi tumpuan lebih kerana jarak penglihatan terhad walaupun sudah sebati dengan jalan tersebut.

Katanya, memburukkan lagi keadaan tanah-tanah dari kawasan bukit itu kerap jatuh dan menutup laluan tersebut sekali gus menjadikan ia lebih sempit berbanding jalan asal.

“Sebagai pengguna utama , saya merayu kepada pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera dengan membaik pulih laluan ini bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Ia perlu diselenggara kerana bimbang ketika musim tengkujuh berlaku runtuhan tanah dan batu bukit yang serius sehingga jalan menjadi sempit,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, Rohaizad Che Soh, 44, berkata, langkah segera perlu diambil kerana laluan ini kerap berlaku kemalangan yang boleh mengancam nyawa pengguna.

Katanya, pengguna kenderaan yang datang dari arah Gua Musang ke Jerek terpaksa memasuki laluan bertentangan kerana jalan semakin sempit dan situasi tersebut dibimbangi boleh mengudang kemalangan.

“Sebelum ini sudah ada kemalangan maut, jadi saya harap pihak berkenaan dapat menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN