Rodziah syukur, sedia galas tanggungjawab di Ampang

Rodziah syukur, sedia galas tanggungjawab di Ampang

Rodziah menerima kalungan bunga selepas memenangi kerusi panas Parlimen Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Ahli Parlimen Ampang yang baharu, Rodziah Ismail meluahkan rasa bersyukur atas kemenangannya merampas semula kerusi panas milik Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, kemenangan tersebut bukan sahaja menambah bilangan kerusi kemenangan buat PH tetapi membuatkan dirinya harus bekerja lebih keras.

“Kemenangan ini bukan sahaja menambah kerusi kemenangan kepada PH tetapi dalam masa sama buatkan saya lebih bekerja dan bertanggungjawab. Saya harap dapat laksanakan tugas dengan baik.

“Pada saya ia adalah usaha yang kuat dari jentera dan rakyat yang sekarang ini menunjukkan bahawa kuasa rakyat boleh buat apa jua,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi kerusi Parlimen Ampang.

Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu 3 itu bagaimanapun mengakui sukar mengalahkan penyandang tiga penggal, Datuk Zuraida Kamaruddin yang memiliki nama di Parlimen ini.

“Saya rasa dia hilang deposit kali ini. Maknanya dia reset diri dia sendiri. 

“Ini pilihan rakyat dan akan jadi sejarah kepada yang lain. Kalau kita diberi amanah perlu laksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu Rodziah merampas semula kerusi tradisi parti itu dengan majoriti 29,681 selepas memperoleh 56,754  undi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN