fbpx

[RASMI] Shaharizukirnain pertahan Parlimen Setiu

SETIU: Calon Perikatan Nasional (PN), Shaharizukirnain Abdul Kadir berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Setiu dengan majoriti 19,032 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Shaharizukirnain dari Pas memenangi kerusi Parlimen itu selepas memperoleh 50,768 undi mengatasi tiga pencabar lain.

Sementara itu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Mat Yasin terpaksa akur meraih 31,736 undi.

Mohamad Ngah daripada Pakatan Harapan (PH) pula memperolehi 2,125 undi manakala calon Pejuang, Wan Adnan Wan Ali pula 203 undi sekaligus hilang wang deposit.

Sebanyak 80.2 peratus atau 86,029 daripada 107,294 pengundi berdaftar di Parlimen Setiu keluar mengundi dengan 1,044 undi ditolak dan 153 undi tidak dikembalikan.

Proses pengiraan undi diadakan di Pusat Penjumlahan Undi Parlimen Setiu di Dewan Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom di sini.

Pada PRU14, Shaharizukirnain menang majoriti 2,802 undi mengatasi Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN) dan Datuk Dr. Mohd. Faudzi Musa (Parti Keadilan Rakyat). – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN