Ramanan lancar manifesto 'Solusi Ramanan'

Ramanan lancar manifesto ‘Solusi Ramanan’

R. RAMANAN (tengah) beramah mesra dengan masyarakat Sungai Buloh pada kempen beliau di Sungai Buloh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Meringankan kos sara hidup, mengatasi masalah pengangguran serta membangunkan ekonomi golongan wanita merupakan antara manifesto Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan.

Dikenali sebagai Solusi Ramanan manifesto berkenaan mengariskan enam teras utama buat pengundi di Sungai Buloh berdasarkan masalah yang dilihat Ramanan sejak bergerak aktif di Sungai Buloh pada 2019.

Menurut Ramanan, manifesto beliau juga memberi tumpuan dalam menyediakan prasarana mencukupi bagi pembangunan anak muda, mengkaji semula perancangan serta pembangunan kawasan setempat dan memantapkan tempoh maklum balas setempat.

Jelasnya, beliau tidak mahu membaca manifesto ditulis bagai janji tidak bermakna yang digunakan semata-mata untuk memenangi PRU sedangkan ia tidak boleh ditepati.

“Sudah banyak asam garam dalam perjalanan politik saya ke hari ini bagi menyediakan diri untuk berkhidmat kepada penduduk di kawasan Parlimen P107 Sungai Buloh.

“Apa yang saya mahu berikan kepada anda semua adalah Solusi setelah meneliti masalah dan kekurangan yang perlu diselesaikan segera,” katanya pada Ceramah Umum Kota Damansara, di sinu, malam tadi.

Ramanan berkata, inisiatif Program Bantuan Ringankan Kos Sara Hidup (BERI), menumpukan untuk meringankan beban kos sara hidup tinggi bagi golongan B40 dan yang memerlukan melalui subsidi jualan dengan lebih tetap.

Manakala bagi program perantisan anak muda, Ramanan akan memperkenalkan program biasiswa selari dengan pemantapan kerjasama program perantisan dengan industri kecil dan sederhana.

“Ketiga krisis dihadapi penduduk di Sungai Buloh yang memerlukan solusi segera akan bergantung kepada super smart app PING (Point location – Initiate resources – Network assets – Go as a team).

“Seterusnya saya akan membangunkan infrastruktur bagi anak muda mengasah bakat dan menggalakkan aktiviti sihat dikenali sebagai ‘super sports & youth centre’ komuniti di Sungai Buloh,” katanya.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, beliau turut memberi perhatian kepada kaum wanita melalui program bersifat pemerkasaan.

“Saya juga mahu penglibatan lebih kaum wanita yang tidak bekerja untuk menceburi bidang perniagaan dengan menyediakan platform untuk melatih mereka secara atas talian.

“Akhir sekali permasalahan lazim kesesakan jalan dan banjir di Parlimen Sungai Buloh memerlukan kajian semula perancangan dan pembangunan kawasan setempat.

“Satu kajian teliti akan menjadi keutamaan pejabat Parlimen Sungai Buloh bagi kesenangan penduduk, pengunjung dan pelabur ke kawasan kita,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.