PRU15: Pulau Pinang turut umum cuti khas 18 November - Utusan Malaysia

PRU15: Pulau Pinang turut umum cuti khas 18 November

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut mengambil langkah mengisytiharkan cuti khas negeri pada 18 November ini iaitu sehari sebelum hari pengundian berlangsung.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, cuti khas negeri itu adalah untuk memberikan kemudahan dan juga sebagai galakan kepada rakyat bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November (Sabtu), Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan ini bersetuju untuk mengisytiharkan cuti khas negeri pada 18 November (Jumaat),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Selangor dan Negeri Sembilan turut mengumumkan 18 November sebagai cuti umum bagi memudahkan rakyat di negeri berkenaan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal bagi PRU15 adalah pada 15 November dan hari mengundi 19 November ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya