Proses pengundian awal PRU15 lancar, sistematik - Acryl Sani

Proses pengundian awal PRU15 lancar, sistematik – Acryl Sani

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses pengundian awal membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini dilihat antara paling sistematik dan berjalan lancar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, maklum balas berkenaan diberikan pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kata beliau, PDRM juga berharap proses undi awal ini dapat diselesaikan mengikut masa ditetapkan.

“Saya percaya setiap pegawai dan anggota mempunyai pandangan dan pengetahuan tersendiri untuk membantu bagi membuat pilihan tepat dalam memastikan negara kuat, stabil dan kukuh bukan sahaja dari segi ekonomi, tapi keselamatan serta ketenteraman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas undi  awal di Bukit Aman di sini hari ini.

Acryl Sani dengan diiringi pegawainya hadir kira-kira pukul 10.10 pagi.

Mengulas lanjut, kata Acryl Sani, kira-kira 118,000 warga PDRM di seluruh negara melaksanakan tanggungjawab mengundi awal dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Acryl Sani berkata, sebanyak 6,423 pengundi awal manakala 1,511 adalah undi pos di peringkat Bukit Aman sahaja.

“Sebanyak 661 tempat mengundi dan 970 saluran dibuka hari ini.

“Pemantauan mendapati suasana undi awal ini berlangsung dalam keadaan teratur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN