Polis rakam percakapan Zul Huzaimy berkaitan kenyataan berbaur perkauman, ugutan - Utusan Malaysia

Polis rakam percakapan Zul Huzaimy berkaitan kenyataan berbaur perkauman, ugutan

TANGKAP layar daripada video Zul Huzaimy yang memohon maaf berhubung kenyataannya mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam percakapan pelakon, Zul Huzaimy berhubung kenyataan didakwa berbaur perkauman dan ugutan dalam ceramah di Terengganu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pelakon berusia 43 tahun itu pada Isnin lalu.

“Pihak polis masih menunggu laporan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis mengesahkan pihaknya mengesahkan siasatan dijalankan terhadap pelakon dikenali sebagai Spark di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Noorsiah dilaporkan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berkaitan video tersebut.

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Semalam, Zul Huzaimy tampil membuat permohonan maaf berikutan kenyataannya mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Permohonan maaf itu dimuat naik dalam satu video di Instagram miliknya yang berdurasi tiga minit 21 saat.

Menurutnya, video tular itu perlu ditonton secara penuh bagi memahami maksud yang sebenar, bukan memberi gambaran atau berbaur perkauman.

Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 44 saat oleh pelakon tersebut yang dirakam dalam satu program di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya