PN Pahang umum calon baharu DUN Tioman, esok

PN Pahang umum calon baharu DUN Tioman, esok

ANDANSURA RABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang akan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, esok.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Andansura Rabu berkata, PN Pahang memilih calon daripada Pas yang merupakan anak tempatan dari kawasan DUN tersebut.

“Kita sudah putuskan nama dan siapa calon baharu yang mana pengumuman untuk memperkenal calon dibuat esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Penamaan calon PRU15 untuk kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan dan hari pengundian pada 7 Disember.

Sabtu lalu, pengundian kerusi DUN Tioman ditangguhkan selepas calon PN, Md. Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Rompin akibat komplikasi jantung.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya (PRU) di DUN Tioman diadakan pada 7 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN