PH beri laluan kepada BN di DUN Tioman

PH beri laluan kepada BN di DUN Tioman

MOHD. Johari Hussain (kanan) berbual dengan Nor Idayu Hashim (kiri) selepas majlis penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) memutuskan memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Hatta Ramli berkata, langkah itu diambil sebagai menunjukkan kesepakatan kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang.

“Amanah memandang pilihan raya Tioman sebagai satu pertembungan kerajaan baharu Pahang dengan kelompok ekstremisme kaum dan agama yang perlu ditangani secara serius.

“Atas semangat itu, Amanah melihat keperluan untuk mewujudkan perpaduan erat komponen kerajaan negeri dalam menentang calon Perikatan Nasional (PN).

“Oleh yang demikian, Amanah yang juga sebahagian daripada PH mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon BN sebagai tanda kesepakatan kerajaan perpaduan di peringkat negeri dan nasional,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, nama calon PH, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly kekal dalam kertas undi DUN Tioman kerana berdasarkan Perkara 9 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, tiada seorang pun calon boleh menarik balik pencalonannya selepas jam 10 pagi pada hari penamaan.

Kerusi DUN Tioman disandang oleh calon BN, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain ditentang oleh Idayu Hashim (Perikatan Nasional), Mohd. Fadzli (PH), Osman Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN