Pertemuan BN-PN selesai, pemimpin keluar pintu belakang

Pertemuan BN-PN selesai, pemimpin keluar pintu belakang

PETUGAS media yang menunggu di luar Hotel St. Regis bagi mengikuti perkembangan kemelut pembentukan kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertemuan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Hotel St. Regis di sini,  selesai kira-kira pukul 5 petang ini.

Bagaimanapun, tiada perkembangan dimaklumkan kepada petugas media yang menunggu di pintu utama hotel itu.

Difahamkan, pemimpin kedua-dua gabungan tersebut keluar melalui pintu belakang hotel selepas menghadiri pertemuan tersebut yang berlangsung hampir dua jam.

Antara pemimpin PN yang dikatakan hadir ialah Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Selain itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Dr. Radzi Jidin serta Datuk Ronald Kiandee yang masing-masing merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Antara pemimpin yang BN yang difahamkan hadir pula ialah Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Seterusnya, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Terdahulu, sumber media melaporkan, pertemuan itu diadakan bagi mendengar cadangan PN berhubung pembentukan kerajaan.

Langkah itu dipercayai kerana BN sudah mendengar cadangan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya