Penunggang motosikal pecah cermin kereta selepas kena hon

Penunggang motosikal pecahkan cermin kereta selepas kena hon

TANGKAP layar video menunjukkan penunggang motosikal memecahkan cermin kereta selepas dibunyikan hon di Cheras, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berang dihon selepas melanggar lampu isyarat, seorang penunggang motosikal bertindak memecahkan cermin sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Cheras dekat sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai pukul 9.40 malam itu turut tular dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya mengesan satu video tular memaparkan penunggang motosikal berkenaan memecahkan cermin kereta berkenaan menggunakan topi keledar.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat lelaki terbabit tidak berpuas hati kerana dihon pemandu kereta.

“Susulan itu, beberapa saksi sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau turut memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menggugat ketenteraman awam,”katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya