KUALA LUMPUR: Pengundi-pengundi muda di Setiawangsa rata-rata tidak mempunyai sifat kepartian, malah mereka hanya berharap mendapat seorang wakil rakyat yang boleh menjalankan tugas selain mampu membawa pembaharuan di kawasan itu. Ada juga yang melihat Setiawangsa mempunyai banyak kekurangan yang perlu diisi kerana ia masih jauh ketinggalan meskipun terletak di dalam bandar. Seorang pengundi, Eilma Fatehah Mohd. Sabri, 28, berkata, kebanyakan pengundi muda tidak mementingkan parti tetapi melihat siapa yang boleh…










