IPOH: Pengundi mahu wakil rakyat yang memberi perkhidmatan termasuk sentiasa ‘turun padang’, bukannya yang bijak berceramah secara retorik dan pandai berjanji sahaja. Ketua UMNO Bahagian Tambun yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) Parlimen tersebut, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah berkata, ketika ini masyarakat mahu wakil rakyat yang mampu menyelesaikan masalah di kawasan diwakilinya, bukan berdasarkan populariti calon semata-mata. “Jika berlaku bencana seperti ribut dan banjir kilat, apa yang dimahukan rakyat adalah…










