Pelajar UiTM teruja mengundi kali pertama

Pelajar UiTM teruja mengundi kali pertama

FAHRYZ Imran (kanan) dan Ahmad Zaffran menunjukkan jari berdakwat selepas mengundi di SK Morib, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pengundi muda dalam kalangan pelajar universiti bersemangat keluar mengundi pagi ini buat kali pertama bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut pelajar kursus Diploma Kulinari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh,  Ahmad Zaffran Hakimi, 19, dia balik ke kampung di Morib untuk mengundi kali pertama setelah namanya sah dalam daftar mengundi.

“Saya sudah bangun seawal pukul 6 pagi untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Morib hari ini. Sebagai pengundi muda saya memilih parti yang mempunyai reputasi baik dalam mentadbir negara,” katanya di sini.

UiTM menjadi institusi pengajian tinggi yang mempunyai bilangan pengundi muda 18 hingga 20 tahun paling ramai iaitu 185,400 orang atau mewakili 15.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi muda 1.2 juta orang di seluruh negara. 

Jumlah pelajar tersebut membabitkan di semua 35 cawangan UiTM di seluruh negara manakala kakitangannya seramai 18,347.

Sementara itu, pelajar Diploma Perakaunan UiTM Kampus Segamat Johor, Fahryz Imran Ryzaki, 19, berkata, dia turun mengundi bagi memastikan negara terus ditadbir oleh kerajaan yang dipilih rakyat.

Katanya, dia amat teruja merasai pengalaman kali pertama ini dan beratur bersama warga Kuala Langat pelbagai usia sejak pukul 7.30 pagi lagi.

“Jangan lupa kewajiban kepada negara untuk turun mengundi awal. Saya bimbang petang hujan lebat nanti terlepas peluang untuk memilih calon pilihan hati,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya