Nikita Mirzani jual rumah bukan sebab muflis - Utusan Malaysia

Nikita Mirzani jual rumah bukan sebab muflis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani menepis dakwaan keputusannya menjual rumah yang terletak di Jakarta Selatan kerana jatuh muflis.

Menerusi laporan portal Liputan6, Nikita dikatakan mengambil keputusan itu kerana mahu berpindah disebabkan sudah bosan tinggal di rumah tersebut.

“Apa masalahnya saya menjual rumah, bukan saya buat perkara yang terlarang. Macam-macam, jual rumah pun salah.

“Saya jual kerana sudah bosan tinggal di situ. Rumah itu terlalu kecil untuk saya diami bersama anak-anak yang sedang membesar,” katanya.

Nikita pernah membintangi lebih 20 filem, termasuk Otajin dan Drakula Cinta.

Pelakon sensasi ini pernah terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya insiden pergaduhan dengan seorang pelajar universiti, Fitri Sri Handayani di Bandung, selain penderaan yang dilakukan terhadap bekas suaminya, Dipo Latief.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.