Murid tahun tiga ditemukan lemas 

Murid tahun tiga ditemukan lemas 

MUHAMAD AMAN A. SUHIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seorang murid lelaki tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, di sini ditemukan lemas ketika mandi bersama dua rakannya di kawasan alur sungai, berhampiran ladang sawit di Kampung Batu 9, Ibok, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mayat Muhammad Aman A. Suhimi, 9, ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Bapa mangsa, A. Suhimi Salleh, 58, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak bongsu daripada tujuh adik beradik itu selepas diberitahu salah seorang rakan anaknya yang berlari meminta bantuan.

“Alur sungai tu sebenarnya cetek. Namun disebabkan hujan lebat sejak pagi, paras air meningkat dan arusnya agak laju. 

“Masa saya tiba di tempat kejadian, saya nampak selipar anak saya di tebing alur sungai dan kemudian saya nampak penduduk kampung usung anak ke darat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian. 

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa. 

 “Mayat mangsa telah dituntut ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Kemaman kira-kira pukul 12 malam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.