Muhyiddin yakin dapat sokongan jadi PM

Muhyiddin yakin dapat sokongan jadi PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin mempunyai sokongan mencukupi ahli-ahli Dewan Rakyat untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, dua pemimpin daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyatakan sokongan serta kepercayaan kepadanya untuk dilantik mengetuai kerajaan Pusat.

Katanya, beberapa  Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen sama.

“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperoleh bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN petang ini.

Dalam mesyuarat itu, beliau telah melaporkan kepada MT PN bahawa mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada pagi tadi berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas PRU15. 

“Beliau telah memaklumkan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang yang juga telah menyatakan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya