fbpx

Muhyiddin ditentang Razali,  Iskandar Shah

MUHYIDDIN Yassin (tengah) bersama-sama Razali (kiri) dan Iskandar Shah (kanan) selepas diisytiharkan sebagai calon di kerusi Parlimen Pagoh.

MUAR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan saingan tiga penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pagoh yang menjadi antara kerusi panas itu menyaksikan pertembungan antara Muhyiddin selaku Presiden Perikatan Nasional (PN) dengan figura tidak asing daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim serta seorang calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd. Rahman.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Pusat Penamaan Calon pada pukul 8.46 pagi, disusuli calon daripada PH pukul 8.48 pagi dan BN 9.08 pagi.

Muhyiddin ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon berharap rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab mengundi pada 19 November ini.

“Ini kuasa rakyat, suara rakyat, kita harap ramai-ramai keluar mengundi pada hari demikian. Bagi pengundi muda yang pertama kali mengundi, jalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin kerana ini peluang anda,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN