MTL: Bomba Kelantan beku cuti anggota sejak 4 November lalu

Musim tengkujuh: Bomba Kelantan beku cuti anggota sejak 4 November lalu

ZAINAL Madasin (dua dari kiri) bersama anggota bomba yang menerima sijil sukan di Perhimpunan Bulanan Kali Keenam di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - FOTO/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah membekukan cuti anggotanya sejak 4 November lalu sebagai persediaan menghadapi Moson Timur Laut atau musim tengkujuh yang membawa hujan lebat di negeri ini sekali gus menyebabkan berlakunya banjir.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, pembekuan cuti dalam kalangan pegawai dan anggota itu berkuat kuasa sehingga 15 Januari tahun hadapan.

Menurutnya, pada masa sama seramai 1,294 anggota termasuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) sudah diatur gerak untuk berdepan sebarang kemungkinan banjir gelombang kedua.

“JBPM Kelantan juga telah menempatkan bot dan lori sudah di kawasan yang berisiko berlakunya banjir.

“Bagaimanapun kita mengharapkan banjir gelombang kedua ini tidaklah seburuk banjir tahun lepas atau awal tahun baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kali Keenam di Tunjong hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada akan berlaku di Kelantan selama tiga hari bermula 1 Disember ini.

Amaran hujan berterusan dan ribut petir itu dijangka membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru. Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya