Mohd. Zaidi tidak terkesan provokasi PKR

Mohd. Zaidi tidak terkesan provokasi PKR

ZAIDI Mohd Said, ketika berkempen di Pasar Malam Tok Elong, Pulau Pinang hari ini. UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said tidak terkesan dengan fitnah yang dilemparkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang berhubung dakwaan beliau cuba mencetuskan kekecohan di pasar malam Penanti, di sini petang semalam.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan provokasi yang dilakukan pihak lawan yang ternyata berasa tercabar dengan kekuatan BN dalam misi membawa perubahan buat penduduk Permatang Pauh.

“Saya tak terkejut, provokasi ini perkara biasa, saya rasa mereka lebih tercabar kali ini kerana BN berjaya menembusi kubu-kubu kuat mereka menerusi kempen yang kita jalankan.

“Kalau dulu sukar untuk kita tembus tetapi hari ini, BN dialu-alukan di kubu Permatang Pauh dah ini masanya untuk penduduk Permatang Pauh berubah,” katanya kepada pemberita selepas sesi beramah mesra bersama pengunjung pasar malam Permatang Tok Elong, di sini hari ini.

Terdahulu, PKR Pulau Pinang mengecam kempen provokasi yang didakwa mereka dicetuskan kumpulan BN di Permatang Pauh sehingga menyebabkan kekecohan berlaku di tapak Pasar Malam Penanti, di sini petang semalam.

Ketua Penerangannya, Amir Ghazali berkata, insiden itu terjadi kira-kira pukul 6.45 petang selepas penganjur tapak pasar malam bertindak menghentikan ceramah yang dilakukan Mohd. Zaidi di laluan masuk pasar malam terbabit. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya