MIDF sumbang komputer riba kepada 10 pelajar cemerlang SPM

MSAM 2022: MIDF sumbang komputer riba kepada 10 pelajar cemerlang SPM

TUNKU Ali Redhauddin Tuanku Muhriz (tengah) dan Arifin Zakaria (tujuh dari kiri) bersama pelajar cemerlang penerima sumbangan komputer riba MIDF di Kawasan Lapang Pantai Batu 1, Port Dickson, semalam. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) hari ini menyumbang sebanyak 10 buah komputer riba kepada 10 pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 Negeri Sembilan bersempena penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 di sini.

Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Charon Wardini Mokhzani berkata, setiap kali berlangsungnya MSAM di mana-mana negeri, pihaknya akan mengenal pasti pelajar cemerlang SPM negeri tersebut bagi menerima sumbangan komputer riba.

“Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat MIDF, kami dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengenal pasti pelajar-pelajar yang terbukti mempunyai potensi untuk berjaya dalam bidang pendidikan berdasarkan keputusan peperiksaan SPM 2021.

“Saya harap pelajar yang mendapat sumbangan ini dapat menjaga dan memanfaatkan dengan sebaiknya kemudahan yang diberikan ini,” katanya di sini semalam.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz sempena lawatan khas baginda ke pameran MSAM 2022 yang diadakan di Kawasan Lapang Pantai Batu 1, di sini.

Turut mengiringi Tunku Ali Redhauddin ialah Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) Tun Arifin Zakaria dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

Sementara itu penerima sumbangan, Muhammad Faiz Shazwan Mohd Kabir, 18, yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelebu, berasa sangat teruja kerana mendapat sumbangan komputer riba yang memang diidamkannya.

Menurutnya, sumbangan tersebut menjadi penguat semangat untuk dirinya untuk  belajar dengan lebih tekun selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia pada 2018.

“Saya kini sedang menyambung pelajaran di peringkat asasi undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, dengan adanya kemudahan ini, proses pembelajaran saya akan menjadi lebih mudah,” katanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan iaitu buta mata sebelah kanan sejak kecil. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.