Menang Sungai Buloh, Ismail Sabri jadikan saya menteri - KJ

Menang Sungai Buloh, Ismail Sabri jadikan saya menteri – KJ

KHAIRY Jamaluddin ketika berucap pada Majlis Makan Malam Silaturahim anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan Agama dan Masyarakat (Perakam) di Kelab Putra Rahman, di Sungai Buloh, malam ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan dilantik sebagai menteri sekiranya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara berkenaan hanya dapat direalisasikan sekiranya beliau memenangi kerusi Sungai Buloh yang ditandingnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

“Dia (Ismail Sabri) sebut semasa di Jempol kalau dia jadi Perdana Menteri pada 20 hari bulan nanti (20 November ini), KJ akan jadi menteri.

“Kerusi saya dalam Kabinet sudah selamat cuma dalam Parlimen belum lagi dan itu yang kita kena selamatkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Silaturahim anjuran Pertubuhan Amal Kebajikan Agama dan Masyarakat (Perakam) di Kelab Putra Rahman, di sini, malam ini.

Terdahulu pada Ceramah Kata Janji KJ di Saujana Utama, Khairy secara terbuka memaklumkan, beliau berhasrat menjadi Perdana Menteri dan memimpin UMNO suatu hari nanti.

Kenyataan beliau mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada Ismail Sabri yang menyatakan Khairy layak menjadi Perdana Menteri masa akan datang.

“Kalau menang pilihan raya, dapat sokongan daripada parti, tentu sahaja KJ salah seorang yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri suatu masa nanti,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy (BN), Datuk R. Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya