Malaysia-Brunei teroka potensi baharu kerjasama

Malaysia-Brunei teroka potensi baharu kerjasama

Anwar Ibrahim menyambut Sultan Hassanal Bolkiah yang dalam lawatan khas ke Malaysia di Putrajaya semalam. – JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersempena lawatan khas ba­ginda semalam bukan sekadar memperkukuhkan hubungan dua hala yang terjalin selama ini, tetapi juga untuk meneroka potensi baharu kerjasama antara kedua-dua negara.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, ia pertemuan julung kali antara Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.

Kemesraan kedua-dua pe­mimpin itu terserlah apabila Sultan Brunei berkenan memandu sendiri kereta jenis BMW dan membawa Perdana Menteri dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Su­bang dekat sini ke Seri Perdana, Putrajaya dengan Anwar duduk bersebelahan baginda

Menurut kenyataan, lawatan khas Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia bertujuan menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara Malaysia-Brunei, selain meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memanfaat kedua-dua negara.

“Malaysia dan Brunei Darussalam mempunyai hubungan istimewa yang lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama insan.

“Bertitik tolak daripada hubungan istimewa ini, kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang semasa lawatan tersebut untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada di samping meneroka potensi-potensi baru bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” kata kenyataan Wisma Putra.

Lawatan terakhir baginda ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

Terdahulu, Anwar menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah dan anakanda baginda, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah serta delegasi Brunei yang selamat mendarat di Pangkalan TUDM pada pukul 11.40 pagi.

Selepas itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta delegasi Brunei diraikan dalam majlis santapan tengah hari di Seri Perdana.

Anwar dan Sultan Brunei meluangkan masa hampir sejam dalam pertemuan itu yang diakhiri dengan kedua-dua pemimpin bertukar cendera kenangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya