Lima lelaki dicekup pecah rumah di Kulai

Lima lelaki dicekup pecah rumah di Kulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Lima lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah ini ditahan polis menerusi beberapa serbuan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, kesemua suspek berusia antara 23 hingga 38 tahun ditahan dalam serbuan bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

“Siasatan awal mendapati kesemua yang ditahan terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Kulai dan siasatan lanjut masih dijalankan sama ada mereka turut terlibat dalam kes jenayah di luar daerah ini.

“Dalam operasi semalam, polis merampas beberapa barangan kes termasuk sebuah Proton Wira, sebuah konsol permainan PlayStation 4,  beg sandang, kasut berjenama dan dua kamera jenis Canon,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beng Yeow berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine. Salah seorang daripada mereka turut mempunyai 16 rekod jenayah lampau.

Kesemua mereka ditahan reman seminggu hingga 16 November ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.