KOTA BHARU: Legenda bola sepak Kelantan, Mohd. Hashim Mustapha, 57, terpaksa ditidurkan selepas mengalami masalah komplikasi kencing manis. Mohd. Nizab Ayub yang merupakan menantu kepada bekas penyerang prolifik Kelantan itu berkata, bapa mentuanya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami keletihan selain jantung berdegup kencang pada pukul 11 pagi semalam. “Sebelum ditidurkan, keadaan papa (Mohd. Hashim) agak kritikal. Jadi saya mohon kepada seluruh peminat bola sepak negara mendoakan semoga beliau kembali…









