Legenda bola sepak Kelantan masih hidup

Legenda bola sepak Kelantan masih hidup

MOHD. Hashim Mustapha (kanan) masih lagi hidup dan kini dirawat di ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

KOTA BHARU: Keluarga legenda bola sepak Kelantan, Mohd. Hashim Mustapha, 57, menafikan khabar angin yang terbesar mengatakan bekas penyerang prolifik skuad Kijang itu telah meninggal dunia sebagaimana tular di aplikasi WhatsApp pagi tadi.

Mohd. Nizab Ayub yang merupakan menantu kepada bekas penjaring terbanyak Liga Malaysia tahun 1993 itu bagaimanapun berkata, bapa mentuanya masih berada dalam keadaan kritikal.

“Papa (Mohd. Hashim) masih lagi ada (hidup) dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Cuma doktor memaklumkan supaya memanggil semua ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Utusan Malaysia 26 November lalu melaporkan, Mohd. Hashim terpaksa ditidurkan selepas mengalami masalah komplikasi kencing manis. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN