Lebih RM534,200 kompaun peniaga ayam, telur 

Lebih RM534,200 kompaun peniaga ayam, telur 

AZMAN Mohd Yusof berucap pada Program 'Sihat Ke Saya' anjuran Pusapanita Cawangan KPDNHEP di Putrajaya. -UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun kira-kira RM534,200 kepada pengeluar, pemborong dan peruncit ayam serta telur atas pelbagai kesalahan bagi tempoh 5 Februari lalu hingga semalam.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, kompaun itu membabitkan 2,205 tindakan kes masing-masing terhadap 13 pengeluar, 54 pemborong dan 2,138 peruncit.

Beliau berkata, ia membabitkan tiga kesalahan utama iaitu menjual ayam dan telur melebihi harga maksimum, tiada tanda harga merah jambu dan tidak meletak tanda harga.

“Ia turut membabitkan nilai sitaan keseluruhan sebanyak RM336,634.80 iaitu masing-masing RM27,342.30 bagi pemborong dan RM309,292.50 bagi peruncit.

“Dalam pada itu, seramai 153 peniaga didapati menjual ayam dan telur melebihi harga maksimum, 1,980 gagal mempamerkan tanda harga merah jambu manakala 72 tidak meletakkan tanda harga,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, bagi telur ayam pula, seramai 22 peniaga didapati menjual melebihi harga maksimum bagi telur gred A, B, dan C, 1,654 (tiada tanda harga merah jambu) dan 38 peniaga tidak mempamer tanda harga.

Azman berkata, bagi tempoh sama, sebanyak 142,019 pemeriksaan dilakukan selain 223 aduan diterima KPDNHEP.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, jumlah tindakan kes paling tinggi dikesan di Perak dengan 272 kes diikuti Kelantan (270), Kedah (268), Johor (244), Selangor (182), Pahang (174), Sarawak (173), Sabah (148), Negeri Sembilan (117) dan Melaka (102).

“Kita minta kerjasama semua pihak supaya dapat memberikan aduan dan maklumat yang betul bagi memudahkan tindakan diambil,” katanya.

Semalam Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam, memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan penjualan telur ayam didakwa mencecah RM17 sepapan seperti dilaporkan media.

Menurutnya, sekiranya terdapat peniaga menjual telur ayam gred kawalan melebihi harga yang sepatutnya, aduan boleh dibuat kepada pihaknya bagi membolehkan siasatan dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya