fbpx

Laungan takbir, reformasi bergema di Masjid Putra

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Laungan takbir ‘Allahu Akbar’, ‘reformasi’, ‘Kita Boleh’ dan ‘Kita Menang’ berkumandang di luar ruang solat Masjid Putra sejurus selesai solat Jumaat sebentar tadi.

Laungan itu digemakan jemaah solat Jumaat dan juga penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir menunaikan solat Jumaat itu.

Keadaan agak sesak di luar ruang solat utama Masjid Putra apabila jemaah dilihat mengambil peluang untuk merakam sosok Perdana Menteri Ke-10 itu sebaik sahaja Anwar selesai menunaikan solat dan beramah mesra dengan jemaah.

Lebih 10 minit diperlukan Anwar untuk berjalan menuju kenderaannya selepas selesai solat kerana dikerumuni jemaah dan penyokongnya.

Difahamkan, 3,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid itu sebentar tadi dan rata-rata tidak menyangka Anwar memilih Masjid Putra untuk solat Jumaat.

Anwar tiba di Masjid Putra pukul 1.01 petang disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee. 

Beliau sebelum itu tiba di Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.52 pagi untuk memulakan tugasnya secara rasmi. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received