Laman myspr semak sesak, tidak boleh dilayari

Laman myspr semak sesak, tidak boleh dilayari

PETUGAS Pusat Mengundi membuat persiapan bagi PRU15 ketika tinjauan proses semakan isi peti undi di Bilik Gerakan Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai merungut laman semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu https://mysprsemak.spr.gov.my/ tidak boleh dilayari kerana dipercayai mengalami gangguan akibat kesesakan capaian trafik internet.

Berdasarkan pemerhatian Utusan Malaysia sehingga 9 pagi, mendapati laman itu masih belum boleh dilayari sekali gus menyebabkan orang ramai tidak boleh menyemak lokasi dan saluran pusat pengundian.

Dijangka 21,173,638 rakyat Malaysia keluar mengundi hari ini dalam PRU15 bagi menentukan parti atau gabungan yang mendapat mandat membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu dengan sebahagiannya sudah melaksanakan tanggungjawab itu mengundi awal dan secara undi pos.

Kempen PRU15 yang bermula pada 5 November berakhir tengah malam tadi dengan hari ini ditetapkan hari pengundian di seluruh negara.

PRU15 diadakan setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan pada 10 Oktober lalu. 

Selain memilih 222 ahli Parlimen, PRU15, pilihan raya kali ini turut  membabitkan tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya