Kura-kura ‘ceroboh’ landasan kapal terbang

Kura-kura ‘ceroboh’ landasan kapal terbang

SEEKOR kura-kura yang dikesan cuba menceroboh landasan Lapangan Terbang Limbang, Sarawak. - GAMBAR IHSAN MAHB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebelum ini Utusan Malaysia pernah melaporkan kisah seekor belalang pelesit yang dicekup kerana didapati menceroboh landasan Lapangan Terbang Sibu di Sarawak.

 Bagaimanapun kali ini, seekor lagi haiwan kecil iaitu kura-kura dikesan cuba memasuki kawasan landasan di sebuah lagi terminal udara di negeri tersebut iaitu di Limbang pula.

Menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menerusi laman sosial rasminya, insiden itu berjaya disedari pasukan Inspeksi Aerodrome ketika melakukan rondaan pemantauan.

“Nasib baik sempat perasan kan, kalau tidak…. Tidak apa, jom kita alihkan kura-kura ini ke tempat yang lebih selamat,” nukil pentadbir akaun berkenaan yang merujuk kejadian tersebut.

 Pihak MAHB turut memuat naik gambar-gambar yang memaparkan keadaan haiwan itu ketika cuba melintasi landasan dan setelah diselamatkan oleh petugas agensi berkenaan.

Difahamkan kura-kura itu merupakan jenis yang disebut sebagai padi atau katup atau dirujuk sebagai Amboina box turtle kerana spesies ini mula direkodkan di Pulau Ambon, Indonesia.

Makhluk ini yang berwarna coklat kehitaman hidup bersifat daratan dan akuatik tetapi banyak tinggal di perairan air cetek, sungai, kolam atau tasik dengan ada banyak tumbuh-tumbuhan.

Secara kebetulan, lokasi lapangan terbang ini memang tidak jauh dari Sungai Limbang yang mengalir ke Teluk Brunei berselahan sempadan Malaysia-Brunei serta banyak pula kura-kura.

Terminal udara ini siap dibina pada 2004 dengan panjang landasan 1,500 meter untuk menggantikan tapak lapangan terbang lama yang dibina askar British pada 1963 dekat Bukit Mas.

 MAHB menjelaskan bahawa setiap landasan mestilah berada dalam keadaan bebas objek asing sepanjang masa bagi mengelak daripada berlaku sebarang kes kecelakaan pesawat.

Hantaran berkenaan menerima reaksi positif dalam kalangan warganet yang turut memuji usaha serius MAHB memastikan tahap keselamatan lapangan terbang dalam keadaan baik.

 Kelazimannya objek asing seperti serpihan logam, tayar pesawat atau sisa sampah yang bertaburan di landasan boleh merosakkan enjin kapal terbang ketika melalui kawasan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya