KUPTM bakal rai 1,384 graduan dalam Majlis Konvokesyen Ke-6

KUPTM bakal raikan 1,384 graduan dalam Majlis Konvokesyen Ke-6

MAJLIS Konvokesyen Ke-6 pada 5 November 2022 di PICC akan menyaksikan seramai 1,384 graduan menerima pelbagai anugerah dalam bidang masing-masing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur akan mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-6 pada 5 November 2022, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang akan menyaksikan seramai 1,384 graduan menerima pelbagai anugerah dalam bidang masing-masing. Dari jumlah ini, seramai 156 adalah penerima anugerah Pascasiswazah, 692 anugerah Ijazah Sarjana Muda, 67 anugerah ACCA, dan 469 anugerah Diploma.

PROF. DR. ABDUL RAHIM ABDUL RAHMAN

Menurut Naib Canselor KUPTM, Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman, Majlis Konvokesyen kali ini bakal melakar sejarah tersendiri dengan penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Doctor of Philosophy (Business Administration) kepada satu-satunya graduan sulung program tersebut. Program ini yang telah memulakan pengambilan pertama pada tahun 2018 kini mempunyai 34 pelajar, termasuk 9 pelajar antarabangsa.

Prof. Dr. Abdul Rahim yang memulakan tugas sebagai Naib Canselor KUPTM pada 15 Jun 2022 yang lalu, turut menyatakan keterujaan beliau untuk menyaksikan Konvokesyen KUPTM kali ini kerana empat lagi program yang bakal menyaksikan graduan sulung dalam program masing-masing iaitu program Bachelor of Education (Honours) in Teaching English as a Second Language, Bachelor of Arts in 3D Animation and Digital Media (Honours), Bachelor of Information Technology (Honours) in Computer Application Development dan program Diploma of Accountancy.

Katanya, program Ijazah Sarjana Muda KUPTM ini adalah antara program yang mendapat sambutan hangat kerana pelajar dari lepasan Diploma yang berkaitan layak untuk mendapat pindahan kredit sehingga 50% yang memberi banyak kelebihan dari segi penjimatan yuran dan jangkamasa pengajian juga menjadi lebih singkat. Selain dari itu, program dalam bidang pengkomputeran yang ditawarkan juga sangat menekankan kepada pembangunan aplikasi terkini selari dengan keperluan industri.

MAJLIS Konvokesyen kali ini bakal melakar sejarah tersendiri dengan penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Doctor of Philosophy (Business Administration).

Menurut beliau lagi, KUPTM yang telah dinaik taraf sebagai sebuah Kolej Universiti pada Oktober 2015 telah melahirkan seramai 6,261 graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengkomputeran dan teknologi maklumat, perakaunan dan sebagainya.

Dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan termasuk mengadakan kolaborasi dengan Badan Profesional seperti Chartered Management Institute (CMI), The Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA), dan Chartered Institute of Management Accountant (CIMA) yang mengiktiraf dan memberi nilai tambah kepada program pengajian yang dijalankan di KUPTM, beliau yakin kebolehpasaran graduan KUPTM yang kini berada pada tahap 86% akan dapat ditingkatkan kepada 95% dalam jangkamasa 2 tahun lagi.

KUPTM yang telah dinaik taraf sebagai sebuah Kolej Universiti pada Oktober 2015 telah melahirkan seramai 6,261 graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan, pengkomputeran dan teknologi maklumat, perakaunan dan sebagainya.

KUPTM yang telah mendapat kelulusan penubuhan sebagai universiti dari Kementerian Pengajian Tinggi pada Februari 2022, kini sedang dalam proses akhir untuk mendaftarkan KUPTM sebagai universiti penuh dan bakal dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya