Kris Wu dipenjara 13 tahun

Kris Wu dipenjara 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Bekas anggota kumpulan K-Pop EXO, Kris Wu dipenjara 13 tahun selepas terbukti bersalah merogol tiga wanita oleh mahkamah di sini, semalam.

Mahkamah Daerah Chaoyang memaklumkan, hukuman tersebut dijatuhkan atas jenayah rogol yang dilakukannya pada 2018 dan 2020.

“Selepas menilai sifat, keadaan dan kesan jenayah dilakukan, hakim sebulat suara bersetuju dengan hukuman tersebut,” jelas mahkamah dalam kenyataan.

Wu dibuktikan bersalah menganjurkan parti seks pada 2018, selain merogol seorang wanita pada 2020.

Mahkamah mendapati tiga mangsa terlibat berada di bawah pengaruh alkohol ketika dirogol.

Proses perbicaraan yang bermula Jun lepas dilakukan secara tertutup untuk melindungi privasi mangsa.

Polis menahan reman penyanyi berketurunan Cina-Kanada itu sejak Ogos 2021 selepas aduan dibuat tentang kegiatannya di laman sosial yang berulang kali mengajak remaja bawah umur melakukan seks.

Pada tahun sama, seorang remaja perempuan tampil membuat laporan polis berkenaan tindakan Wu yang merogolnya ketika dia mabuk.

Remaja itu juga mendakwa dihubungi tujuh wanita yang mengaku digoda penyanyi tersebut dengan menjanjikan pekerjaan.

Selain kes rogol, Kris juga didenda sebanyak 600 juta Yuan (RM375 juta) atas kesalahan mengelak membayar cukai menurut Perkhidmatan Cukai Perbandaran Beijing bagi Pentadbiran Percukaian Negeri.

Kris adalah penyanyi, rapper, pelakon dan model selain pernah menyertai EXO pada 2012.

Dia hanya sempat bersama EXO selama dua tahun sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 2014 kerana tidak berpuas hati dengan perjanjian kontrak bersama SM Entertainment.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya