Keutamaan saya tangani kos sara hidup - PM

Keutamaan saya tangani kos sara hidup – PM

ANWAR Ibrahim meluangkan masa menyantuni pengunjung di Medan Selera Presint 8 di Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan komitmen beliau sebaik sahaja menggalas tugas sebagai Perdana Menteri untuk mengutamakan soal menangani kos sara hidup yang membebani rakyat ketika ini.

Beliau berkata, walaupun situasi negara menunjukkan positif dengan kekuatan nilai ringgit dan kedudukan bursa saham yang lebih baik sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur kepada pentadbiran kerajaan sekatang, namun isu kos sara hidup tetap menjadi perhatian utama apabila harga barang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat.

Bagaimanapun, beliau mahu perbincangan lebih teliti dan tindakan drastik diadakan untuk mengurangkan tekanan itu dengan mengadakan pertemuan segera dengan jabatan dan agensi berkaitan dalam masa terdekat. 

“Kalau tak keberatan, saya mohon pertemuan dengan mereka (jabatan/agensi terlibat) pada hujung minggu ini atau selewat-lewatnya Isnin ini walaupun cuti umum. Namun kalau mereka keberatan, maka saya boleh tangguh.

“Bagaimanapun, saya kenal komitmen pegawai-pegawai ini, mereka faham tugas utama untuk meringankan beban dihadapi rakyat terutama di peringkat bawah,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas secara rasmi memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya